Zuraida boleh saman sesiapa dia suka – Jamal

“Itu adalah hak beliau untuk komen apa saja. Komen beliau adalah dari pihak yang menghasut dan memfitnah orang lain, dan ia tidak boleh dipercayai,” dakwanya pada Isnin.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berdasarkan laporan polis yang dibuatnya.

“Saya sudah buat laporan polis dan jika apa yang beliau katakan itu benar, jadi beliau boleh buat laporan polis juga,” kata Jamal.

Tambah Jamal, beliau telah menjelaskan keadaan yang berlaku dan yakin polis berupaya untuk menjalankan siasatan berdasarkan bukti daripada rakaman video, memetik mStar Online.

Related Articles