Zunar direman sehari

Beliau pada Sabtu ditahan selepas hadir memberi keterangan Ibu Pejabat Polis Polis Daerah Timur Laut (IPDTL), Jalan Patani di Georgetown berhubung pameran solo hasil karyanya yang didakwa biadap kerana mempamerkan pelbagai lukisan disifatkan tidak menghormati pemimpin negara.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, penahanan ke atas lelaki itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Menurutnya, siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

Related Articles