Ziyad bakal berbulan madu di Maldives

Zafira Mohd Nasir, 26, berkata persiapan perkahwinan yang dijangka diadakan pada November ini telah dibuat.

Bagaimanapun, jelasnya, masih ada perkara yang belum diputuskan oleh mereka iaitu lokasi bulan madu.

“Dia minta saya pilih tempat untuk berbulan madu tapi saya belum berfikir tentang lokasi yang sesuai.

“Rakan-rakan cadangkan saya pergi ke Maldives, Bali atau negara-negara Eropah, tengoklah mungkin saya pilih Maldives.

“Bercuti dalam negara pun saya ok, sebab saya belum habis pusing Malaysia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut ketibaan kontinjen Paralimpik negara di ibu negara, pada Khamis.

Untuk rekod, Ziyad berjaya memecahkan rekod dunia sebanyak dua kali sebelum memenangi pingat emas dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

Ziyad bakal menerima tambahan RM20,000 sebagai bonus kerana memecah rekod dunia selain insentif RM1 juta di bawah skim Majlis Sukan Negara (MSN).

Related Articles