Zamihan melalui satu kenyataan di Facebook sebentar tadi berkata telah menjangkakan tesis kajiannya yang bertajuk “Doktrin Salafiyyah Wahhabiyyah Dan Respon Umat Islam Di Malaysia: Kajian Dalam Kalangan Penjawat Awam Di Putrajaya Dan Kuala Lumpur” itu akan menjadi satu isu yang kontroversi.
“Jahat dan tidak bertamadun, itulah yang boleh saya rumuskan terhadap perbuatan segelintir manusia yang menyusup keluar lampiran tesis PhD saya sebaik sahaja diserahkan kepada fakulti pengajian Islam UKM minggu lepas.
“Terutamanya melibatkan tokoh-tokoh Wahabi Melayu di negara di nusantara, kerana saya menaqalkan perkataan mereka secara detail dalam tesis berkenaan.,” tulisnya.
Menurut Zamihan, pembantunya telah mencetak kandungan tesis yang salah sehingga menyebabkan segelintir golongan agama di negara ini ‘melompat’ dan kembali menyerangnya.
“… berlaku sedikit masalah teknikal, bahan tesis mutakhir yang saya emelkan tidak dicetak sebaliknya tesis kedua terakhir yang disemak dan diperakui dengan catatan nota Timbalan Dekan PPS (Pusat Pengajian Siswazah) pula yang ‘tercetak’.
“Lebih sadis lagi, bila mana pembantu saya menyerahkan tesis kpd FPI (Fakulti Pengajian Islam) ada pula ‘hantu wahhabi’ yang bertindak menyusup keluar bahagian lampiran tesis yang tidak mutakhir itu kepada pihak tertentu sebelum ia sampai kepada Dekan, JUF (Jabatan Usuluddin dan Falsafah) dan penyelia saya.
“… maka melompatkan semua pak wahhab tegar dalam media sosial (termasuk) agamawan seperti Dr Maszlee Malik, Mufti Perlis, Ahmad Jailani dan lain-lain pendokong tegar wahhabi (yang) kepanasan tahap gaban kerana saya mengkritik pandangan mereka dlm tesis berkenaan,” tegasnya pula.
Terdahulu seorang peguam mahkamah syariah, Ahmad Jailani Abdul Ghani bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap Zamihan yang didakwa memfitnah dirinya membantu Siti Fatimah @ Tan Ean Huang untuk murtad.
Beliau turut menggesa agar mereka yang dimaksudkan itu untuk tampil bersemuka dengan dirinya dan berhenti menjadi seperti pondan.