Zaid Ibrahim sedia tanding PRU14

Bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan (Kita) itu bagaimanapun tidak menyatakan parti mana yang menjadi pilihannya untuk bertanding dalam pilihan raya itu.

“Buat masa ini, saya belum mewakili mana-mana parti dan belum tahu mahu mewakili mana-mana parti.

“Tengok keadaan dahulu, boleh cakap saya ini adalah parti pembangkang kerana saya tolong Parti Amanah Negara (Amanah)..saya juga tolong PKR,”katanya, memetik Sinar Online, hari ini.

Zaid yang dikenali lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan itu diambil demi membantu Malaysia menjadi negara yang lebih baik.

“Mungkin apabila sudah dekat PRU14, saya akan umumkan sendiri. Tetapi, kalau ada yang beri tawaran, kalau saya rasa dapat membantu, saya akan pertimbangkan dan bertanding,” katanya ketika sidang media sempena penganjuran ceramah yang bertajuk ‘Melayu Badut atau Melayu Wawasan’ yang akan diadakan di Hotel Goodhope, Skudai, malam tadi.

Beliau bagaimanapun belum membuat keputusan kawasan yang akan ditandinginya nanti.

“Saya hanya mahu tolong supaya negara kita supaya lebih baik lagi. Kawasan mana, tengoklah dahulu, mungkin boleh jadi Johor Bahru atau Kota Bharu atau boleh jadi macam-macam kawasan lain lagi,” katanya.

Related Articles