Waspada Penyebaran Ajaran The Ahmadi, IKIM Nasihatkan Umat Islam

KUALA LUMPUR: Ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light (AROPL) yang kini giat disebarkan secara dalam talian merupakan ajaran sesat yang tiada kaitan dengan ajaran Islam, tegas Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Datuk Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, ajaran ini menyeru orang ramai agar menjadi pengikut Imam al-Mahdi danpemimpin-pemimpin Imam Mahdi yang didakwa telah muncul masa kini.Ajaran ini mempercayai penjelma utusan Tuhan itu terdiri daripada pelbagai manusia yang hebat daripada pelbagaiagama seperti Nabi Ibrahim, Krishna, Zoroaster, Buddha, Zeus, Moses, Aristotle,Socrates, Pythagoras, Plato, Nabi Isa and Nabi Muhammad SAW. Sehubungan itu beliau memberi peringatan supaya masyarakat Islam tidak diperdaya dengan ajaran ini walaupun kandungannya dilihat banyak memetik ayat- ayat al-Quran dan hadis.‘The Ahmadi Religion Peace and Light’ atau ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’ diketuai oleh individu yang menggunakan gelaran Abdullah Hashem Aba al- Sadiq, yang mengakui dirinya ialah Imam al-Mahdi.“Ajaran sesat ini menjadi popular lebih melalui penstriman langsung di TikTok dan memuat naik video di Youtube , selain mempunyai jumlah penonton yang ramai.“Kebimbangan tercetus apabila akaun Tiktok tersebut mempunyai lebih 30,000 pengikut (followers) dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi mereka serta dipercayai sedang beroperasi di luar negara,” kata Azam.Tegas Mohamed Azam, falsafah ajaran ini bersifat pluralisme agama dan jelas banyak bercanggah dengan ajaran Islam.“Mereka yang memahami walaupun sedikit ilmu tentang agama Islam pasti akan menyedari ajaran sesat ini bertentangan dengan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ini,” tambah beliau dalam satu kenyataan.Katanya, IKIM akan menggunakan semua platform seperti Radio, TVIKIM dan media sosial untuk membendung ajaran sesat ini selain menyedarkan masyarakat awam betapa bahayanya ajaran sesat ini jika ia terus berleluasa.Inisiatif lain yang akan diambil adalah penghasilan penulisan oleh para pegawai penyelidik dan para felow yang akan diterbitkan dalam akhbar perdana dan laman web IKIM.IKIM memandang serius isu ini dan akan berusaha sehabis baik untuk membendung sebarang penyebaran ajaran sesati di Malaysia.

Related Articles