Wartawan diugut bunuh siar laporan ancaman bom

Presiden Kemudi, Mohd. Zailani Abd. Rahman berkata, ugutan tersebut diterima dari seorang individu tidak dikenali kira pukul 5.15 petang menerusi panggilan telefon selepas tersiar laporan berhubung acamanan letupan bom di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LISTP) dan Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada 28 Disember di akhbar berkenaan.

Sehubungan itu, Mohd. Zailani mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan ugutan dan membawa mereka ke muka pengadilan.

“Tindakan tegas ini penting bagi mengelak kejadian ugutan kepada wartawan khususnya mereka yang melaporkan berita jenayah terus menular.

“Seperti yang diketahui, tugas wartawan adalah melaporkan apa jua kejadian dan berita secara profesional tanpa mana-mana pengaruh atau fahaman tertentu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis.

Semalam seorang Wartawan Sinar Harian menerima ugutan bunuh kira-kira pukul 5.15 petang menerusi panggilan telefon.

Bagaimanapun, wartawan berkenaan telah membuat laporan polis berhubung ugutan tersebut malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Related Articles