Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata lelaki itu, seorang peniaga, ditahan selepas kakitangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang mendengar kata-katanya itu membuat laporan di balai polis KKIA, kira-kira jam 9 pagi.
“Suspek telah sampai di hadapan Pintu B2 dan bersiap untuk masuk kapal. Pengadu dengan lembut meminta pasport untuk pengesahan sebelum masuk ke dalam kapal terbang tetapi suspek dengan nada marah dan tidak berpuas hati berkata, ‘I’m hijacking your airplane’ (saya akan rampas pesawat anda).
“Kes ini telah dirujuk kepada kapten kapal yang bertugas dan kapten mengarahkan untuk mengeluarkan suspek dari pesawat bersama satu beg yang telah dimasukan ke dalam kargo,” katanya dalam kenyataan semalam/
Menurut Chandra lelaki berkenaan diiringi keluar dari kapal terbang oleh pasukan polis bantuan dan pengadu sebelum diserahkan kepada pihak polis KKIA.
Bagaimanapun kata Chandra, pemeriksaan ke atas bagasi suspek yang ingin ke Bandar Sri Begawan, Brunei Darussalam itu, tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.
Suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi dia ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – Bernama