15
Dalam kejadian 9.30 malam itu, mangsa Rana Kamal Ram, 37, meninggal dunia akibat pendarahan teruk di lehernya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abdul Samad berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan rakan serumahnya itu mabuk sebelum mereka bertengkar.
“Bagaimanapun, rakan serumahnya yang berang mengambil pisau dan menikam leher mangsa.
“Berikutan itu, kita menahan rakan serumah mangsa berusia 32 tahun yang juga warga Nepal bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Menurutnya, setakat ini polis masih lagi menjalankan siasatan di lokasi kejadian. –Harian Metro