L. Leela, 70, yang mula memohon untuk kad pengenalan biru sejak berusia 16 tahun itu berkata, beliau telah berjumpa beberapa pemimpin-pemimpin MIC dan masih tidak mendapat sebarang keputusan positif.
“Bagi meneruskan kehidupan, saya terpaksa bergantung kepada orang lain. Pendatang asing yang datang ke negara ini untuk tujuan kerja pun, mendapat taraf kewarganegaraan selain mendapat pelbagai bantuan kerajaan.
“Tetapi saya yang lahir di Hospital Parit Buntar, di sini pula tiada kad pengenalan biru. Apabila tanya MIC, mereka kata sudah didaftar, tetapi Jabatan Pendaftaran Negara pula mengata mereka tidak menerima sebarang permohonan,” katanya.
Saya tidak faham apa yang sedang berlaku dan sudah lima puluh 50 tahun saya menunggu untuk mendapat kad pengenalan biru. – Makkal Osai