Warga emas maut dilanggar ketika tonton televisyen

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, mangsa, Mat Rasid Mat Shariff, 67, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Mangsa dikatakan sedang berbaring di atas sofa di ruang tamu tingkat bawah rumah dua tingkat tersebut sambil menonton televisyen selepas solat Isyak.

Kenderaan yang dipercayai dipandu laju tersebut dikatakan berlanggar dengan sebuah kereta lain sebelum terbabas dan merempuh dinding rumah itu.

Pemandu SUV berkenaan bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan, menurut laporan Utusan Online.

Related Articles