Warga Belgium tidak muncul di garisan penamat disyaki hilang

Thomas Cools, 34, dikesan hilang selepas tidak muncul di garisan penamat dalam acara larian berkenaan kira-kira 7 malam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mangsa antara 88 peserta yang terbabit dalam acara larian bermula di ladang getah di Rasa, Kuala Kubu Bharu, berakhir berhampiran sebuah sekolah rendah di Lembah Beringin.

Menurutnya, semua peserta sepatutnya menamatkan cabaran sebelum jam 7.30 malam semalam tetapi mangsa gagal tampil di garisan penamat.

“Kehilangan mangsa disedari penganjur dan rakan-rakan peserta selepas cabaran itu tamat lalu mereka menghubungi bomba.

“Usaha mencari dan menyelamat mangsa hari ini dijalankan di tempat terakhir mangsa dilihat namun belum berhasil.

“Gerakan mencari dan menyelamat terpaksa ditangguhkan kerana malam dan kita akan meneruskannya pagi esok (Isnin),” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Related Articles