Warga Australia hilang di Miri

Mangsa, Andrew Gaskell, 26, yang masih bujang dipercayai hilang selepas kali terakhir berhubung dengan kenalannya, T­imothy Baling, kira-kira pukul 3 petang Khamis minggu lalu.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, Andrew yang datang ke Sarawak sejak Ogos lalu memaklumkan kepada Timothy bahawa dia akan balik ke rumah kenalannya itu pada 21 Oktober (Jumaat minggu lalu).

“Bagaimanapun, sehingga ke Khamis, mangsa masih tidak pulang dan gagal dihubungi.

“Kali terakhir mangsa dilihat berpakaian berwarna biru, berjambang, rambut paras bahu dan memakai beg kembara berwarna biru tua,” katanya, memetik Kosmo Online.

Related Articles