Kes ini melibatkan Syarikat Telekomunikasi terkemuka India, Aircel dan Maxis Malaysia Berhad yang didakwa berlaku salah laku melibatkan 2G Spektrum.
Para Pegawai CBI, India menyiasat kes berkenaan secara rapi sejak isu penyelewengan didakwa berlaku dalam projek itu sejak dimulakan beberapa tahun lalu.
Pemilik Aircel dan Ananda Krishnan diberi arahan oleh mahkamah untuk menghadirkan diri dan menghadap di mahkamah tersebut beberapa kali sebelum ini namun tiada sebarang perkembangan.
Rentetan itu, panel hakim mahkamah khas CBI yang mendengar kes berkenaan semalam memerintahkan waran tangkap ke atas kedua-dua orang terkemuka itu.
Kes perbicaraan berkenaan juga ditetapkan pada 18 Okotber ini di mahkamah sama dengan kehadiran Ananda Krishnan dan pemilik Aircel.
Dua lagi individu tertuduh dalam kes ini iaitu Kalanithi Maran dan Dayanithi Maran memohon jaminan supaya dibebaskan dan permohonan itu akan didengar di mahkamah berkenaan pada 18 Oktober juga. – Malaysia Nanban