KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas maut manakala suaminya mengalami sesak nafas dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah di USJ4, Selangor awal pagi tadi.Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Subang, Shamsul Abidin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.15 pagi berhubung kebakaran melibatkan rumah jenis teres yang terbakar sekitar 60% serta sebuah kenderaan.Beliau berkata sebanyak lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang serta Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.“Pasangan suami isteri terlibat merupakan warga tempatan dan berusia lingkungan 70-an.“Wanita itu dibawa keluar bomba namun disahkan meninggal dunia oleh kakitangan kesihatan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.Shamsul berkata api dapat dikawal sekitar 1.40 pagi. – FMT
11
previous post