Wanita sebar berita palsu organ kanak-kanak ditahan

Ketua Polis negeri Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata penahanan wanita berusia 32 tahun itu dilakukan pada pukul 6.30 petang di kediamannya di Desa Coal Fields, Sungai Buloh, Selangor.

Katanya, suspek telah memuat naik berita itu dengan niat untuk dilihat dan dibaca orang ramai, yang mendakwa ada dua mayat kanak-kanak mangsa culik ditemukan di tepi sungai di Johor dan organ dalamannya diambil.

“Bagaimanapun, saya mengesahkan tiada kejadian berlaku di Johor,” katanya dalam kenyataan di Johor Bahru pada Jumaat.

Beliau berkata suspek ditahan reman selama tiga hari hingga 25 September untuk siasatan lanjut.

Wan Ahmad Najmuddin berkata tangkapan ke atas suspek adalah sebagai memberi pengajaran kepada pengguna Internet agar tidak sesuka hati menggunakan perkhimatan aplikasi Internet mereka untuk menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai.

Tambah beliau, menyebar berita palsu adalah kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama

Related Articles