Wanita maut, dua parah kereta terjunam dalam gaung

Dalam kejadian kira-kira 3.15 petang itu, Loh Chiew Geok, 53, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat tercampak keluar daripada kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata pemandu kereta itu Hew Boon Siang, 29, dan seorang penumpang wanita Lan Ying Ying dari China pula cedera parah.

“Daripada siasatan awal, mereka datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Ipoh dan dipercayai hilang kawalan menyebabkan kereta dipandu terbabas ke longkang di sebelah kiri jalan.

“Kereta berkenaan kemudian menjunam ke bawah cerun menyebabkan Chiew Geok terpelanting keluar dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Supramaniam berkata kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles