Wanita mati ditumbuk suami sendiri

Mayat wanita berusia 20-an itu ditemui rakannya dalam keadaan berlumuran darah di kawasan berkenaan selepas dia bertindak mencari mangsa yang didakwa hilang oleh suaminya dalam kejadian pukul 11 pagi.

Satu sumber berkata, kenalan mangsa mengesyaki sesuatu yang buruk selepas dia melihat kesan darah kira-kira 100 meter dari rumah mangsa hingga ke kawasan belukar di mana lokasi mayat wanita itu dibuang.

Susulan itu, wanita berkenaan menelefon pihak polis bagi memaklumkan kejadian sebelum sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, hasil pemeriksaan pada tubuh mang­sa pihak polis mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian muka serta gigi hadapannya patah dipercayai akibat tumbukan.

“Kita memanggil suami mangsa yang juga warga Indonesia untuk melakukan pengecaman berhubung penemuan mayat wanita yang juga seorang pembantu restoran makanan di kawasan berhampiran.

“Bagaimanapun, suami mangsa yang juga buruh binaan itu ditahan berikutan timbul keraguan atas keterangan yang diberikannya berhubung kehilangan mangsa yang didakwanya,” katanya memetik Kosmo Online.

Related Articles