Paderi dari Afrika Selatan dan pengasas gereja Mount Zion Perhimpunan Agung yang sering diselubungi kontroversi ini dalam proses mengajar tentang demonstrasi kuasa dan cuba untuk menekankan bahawa jika Jesus dapat berjalan di atas air, jadi dia juga boleh berbuat apa-apa dengan kepercayaannya.
Untuk menyampaikan mesej tersebut, Rabalango menjemput seorang wanita muda mengambil bahagian dalam satu acara keajaiban. Dia meminta wanita itu baring di atas lantai dan kemudian mengarahkan pembantunya untuk mengambil pembesar suara besar dan meletakkannya pada bahagian atas badannya.
Paderi itu turut duduk di atas pembesar suara tersebut untuk menambah tekanan ke atas badan wanita tersebut. Dalam gambar yang disiarkan oleh pihak media tempatan, lelaki tersebut boleh dilihat sedang duduk di atas pembesar sambal melihat wanita tersebut semasa menyampaikan ucapannya. Semasa acara ini berlangsung, tiada siapa yang memeriksa keadaan wanita tersebut.
Selepas 5 minit, Lethebo meminta pembantunya mengalihkan pembesar suara tersebut dan meminta supaya wanita itu berdiri. Namun, mereka mendapati bahawa wanita tersebut tidak sedarkan diri dan terus diberi bantuan kecemasan.
Wanita tersebut dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada selepas sedar diri dari pengsan. Jacaranda FM, stesyen radio bebas Afrika Selatan kemudiannya melaporkan bahawa wanita tersebut meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius.
Apa yang lebih mengejutkan adalah reaksi Lethebo Rabalango ke atas kematian wanita tersebut. Selepas ditanya tentang percubaan gilanya itu, dia menyatakan bahawa kemalangan tersebut berlaku kerana wanita tersebut mempunyai kepercayaan yang lemah dalam agama kerana tidak mampu untuk melakukan perkara semudah itu.
Banyak benda yang pelik yang pernah dilakukan oleh paderi di Afrika seperti meminta ahlinya makan rumput untuk lebih rapat dengan tuhan atau memakan rambut manusia, namun kemalangan ini sememangnya yang paling pelik diantara kejadian yang pernah berlaku.