Difahamkan mangsa berusia 31 tahun itu masih sering meracau selepas Maghrib walaupun mendapatkan rawatan sejak 23 Februari lalu di rumah bomoh tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, wanita itu mendakwa setiap kali meracau dia akan dibawa suaminya mengunjungi bomoh tersebut untuk berubat.
“Pada pertengahan Mac lalu, mangsa mendakwa bomoh itu memukau dia dan suaminya hingga mengikut segala kemahuannya selain turut dirogol oleh suspek.
“Mangsa mendakwa dia dalam keadaan separuh sedar setiap kali dirogol suspek dan perkara itu hanya terhenti pada Mei apabila dia mengandung tiga bulan.
“Mangsa tidak lagi berjumpa bomoh itu namun suspek menghubunginya pada Disember lalu dan meminta dia datang berubat dengannya selepas wanita itu melahirkan anak keempat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tambah Md. Zukir, mangsa nekad membuat laporan kejadian di Balai Polis Merbok, Sungai Petani pada 8.48 malam tadi selepas mengaku sembuh setelah dirawat rakan suaminya, memetik Utusan Online.