Wan Azizah sahkan ada mesyuarat bincang PRN Pulau Pinang

Perkara berkenaan disahkan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan berkata bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut dijemput di dalam mesyuarat berkenaan bagi menjelaskan mengenai perkara tersebut.

Maklumat ini diterima melalui sebaran sistem pesanan khidmat ringkas Agenda Daily yang diterima lewat petang Selasa.

Dalam perkembangan yang sama, sumber dalaman PKR turut mengesahkan adanya mesyuarat yang diadakan malam ini.

“Memang ada..kita adakan mesyuarat Biro Politik malam ini, jam 9 di Ibu Pejabat kita,” katanya kepada RakyatPost.my.

Sebelum ini, terdapat laporan mengenai jawatankuasa eksekutif pusat DAP membincangkan pilihan raya negeri semasa mesyuarat malam Isnin dan berhasrat untuk memohon pandangan dari semua rakan politiknya.

Pilihanraya negeri itu dilihat sebagai satu percubaan untuk mewujudkan semula kedudukan Lim memandangkan tuduhan rasuah terhadapnya.

Related Articles