Wan Azizah kecewa pimpinan Sabah keluar parti beramai-ramai

by SM Amin

Kata Dr. Wan Azizah, beliau kesal dengan perkara itu kerana pelbagai usaha telah dilakukan oleh parti untuk mengiktiraf peranan dan hak rakyat Sabah mengikut Perjanjian Malaysia.

“Kami menjadikan sambutan Hari Malaysia, Borneonisasi dan isu kuasa autonomi Sabah sebagai isu perdana lama sebelum pihak lain menyertainya.

“Selepas 18 tahun dan mengalami situasi turun naik, PKR kekal satu-satunya parti yang membawa semua kaum dan kumpulan di atas platform berbilang bangsa dan progresif.

“Kami adalah satu-satunya parti dalam sejarah Malaysia memiliki wakil rakyat di setiap negeri dan setiap etnik,” katanya dalam satu kenyataan.

Lajim Ukin semalam mengumumkan keputusan untuk kepuar parti dan akan bergerak dalam parti baru yang berasaskan Sabah.

Tegas Lajim, Sabah perlu dibebaskan daripada belenggu ‘simpanan tetap’ kepada mana-mana kuasa politik yang “hanya mahukan sokongan rakyat Sabah untuk ke Putrajaya” tanpa menghormati sepenuhnya kedudukan negeri itu sebagai wilayah yang setaraf dengan negeri lain dalam Malaysia.

Related Articles