15
Seorang lelaki menggesa semua kaum yang bukan berasal dari negara ini untuk pulang ke negara masing-masing bagi membolehkan Orang Asli mengambil alih pentadbiran kerajaan.
Melalui klip video pendek berdurasi 3:05 yang dimuatnaik di laman Facebook, lelaki yang mendakwa dari suku kaum Temiar itu berkata orang asli di negara ini tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan mentadbir isu yang melibatkan mereka.
Lelaki tersebut turut menjelaskan sekiranya orang asli mengambil alih pentadbiran negara ini, mereka akan memastikan keadaan hutan di negara ini terjaga dari sebarang kemusnahan.