20
Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu kira-kira 50km dari sini, memerintahkan seorang konstabel polis direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes seorang guru sekolah rendah di Lenggong, cedera semasa cuba ditahan minggu lalu. Perintah reman dikeluarkan Majistret Nasrul Hadi Abdul Ghani selepas permohanan dikemukakan oleh pihak polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun serta boleh juga didenda, jika sabit kesalahan. https://www.youtube.com/watch?v=mn5sp27VURI