20
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli enggan mengulas lanjut berkenaan isu pemalsuan tandatangan beliau pada surat pemecatan Badrul Hisham Shaharin baru-baru ini.
Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard sebelum ini mendakwa bahawa tandatangan milik Rafizi pada surat pemecatan beliau adalah palsu.
Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail juga sebelum ini enggan mengulas lanjut isu berkenaan meskipun tuduhan Chegubard itu berat kerana melibatkan pemimpin kanan parti.