VIDEO: Murid dipukul selepas ‘usik’ arwah pembuli

by Haizal

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Rosley Hobden, ibu bapa mangsa telah membuat laporan polis dan kedua-dua murid yang sedang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah di Sabah itu telah dipanggil untuk memberi keterangan.

“Kami sudah merekodkan kenyataan daripada kedua belah pihak dan beberapa saksi.

“Tiada sebarang kecederaan serius berlaku pada mangsa dan juga tiada motif lain dalam pergaduhan ini,” kata Rosley.

Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

https://www.youtube.com/watch?v=LGWM7h_r8TU

Dalam rakaman video tersebut, dua murid lelaki terbabit yang berpakaian uniform baju Melayu, dilihat bersemuka antara satu sama lain sambil diperhatikan rakan sekelas lain.

Pembuli kemudiannya mula bertindak ganas dengan menendang, menampar, menumbuk dan melemparkan kerusi ke atas mangsa selain turut mencekak leher mangsa.

Related Articles