VIDEO: ‘Keluar dewan, pembangkang tunjuk sifat pondan’

by Haizal

Ahli Parlimen BN-Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata sebagai ahli Parlimen, pembangkang seharusnya menggunakan ruang dan peluang yang diberikan untuk berbahas dan bukannya bertindak seperti pondan.

“Saya hendak rumuskan mereka ini tidak tahan. Mereka mendengar bajet kali ini sangat sesuai, memenuhi semua kehendak golongan masyarakat. Jadi dia panas, tidak tahan telinga akhirnya mereka keluar.

“Mereka punyai ruang dan peluang untuk berhujah. Jadi sebelum berhujah, beberapa point-point penting itu mesti diambil ketika usul dibentang oleh Yang Berhormat Datuk Seri Najib.

“Pada saya ia satu tindakan yang pondan dan tidak gentleman,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=8nCL5ysL6dQ

Related Articles