16
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa percaya bahawa bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Aziz Nik Mat akan bersama dengan beliau untuk menyertai parti AMANAH sekiranya tokoh politik itu masih hidup.
Katanya, ia kerana PAS hari ini tidak lagi mengikuti acuan dan cara perjuangan yang dibawa oleh Nik Aziz.