Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri membuktikan sepakan percumanya bukan biasa-biasa apabila sekali lagi membuat sepakan lencongan tersebutketika aksi Pulau Pinang bertemu Perak di Stadium Negeri, Batu Kawan, kelmarin.
Cuma, kali ini sepakan tersebut berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Perak, Muhamad Hafizul Hakim yang terpaksa melayangkan badan untuk menyelamatkan cubaan terbabit.
Namun, sepakan tersebut masih mampu menarik ribuan malah jutaan orang menontnya di laman-laman media kerana masih mempunyai lencongan yang sama seperti gol terdahulu yang membolehkan beliau dinobat sebagai penjaring gol terbaik FIFA 2016 melalui Anugerah Puskas.
Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo sebelum ini berkata gol yang dihasilkan Faiz merupakan satu jaringan magis.
https://www.youtube.com/watch?v=iL-aPLu6Yjg