20
Bekas Bendahari Agung MIC, Datuk Ramanan Ramakrishnan hari ini menubuhkan Gerakan Anti Subramaniam (GAS) bagi mendesak supaya Presiden MIC itu meletak jawatan.
Ia berikutan Datuk Seri Dr Submaniam menurut Ramanan, masyarakat India dalam negara ini sudah tidak mempercayai kepimpinan presiden parti itu yang dikatakan terpalit dengan pelbagai dakwaan salah saku di dalam parti.
Tambahnya, sekiranya Subramaniam masih menjadi presiden parti tersebut, Pilihan Raya Umum ke-14 akan mengalami ‘Tsunami India’ seperti mana yang berlaku pada PRU ke-12 lalu yang meyaksikan perubahan yang berlaku dalam politik kaum Cina.