16
Abang sulung kepada seorang suspek kes samun di Ara Damansara, awal pagi semalam, mahu mengadakan pertemuan dengan kedua-dua mangsa untuk memohon maaf secara bersemuka.
Dia yang ingin dikenali sebagai Mohammad, 27, berkata, kakak kepada seorang mangsa sudah menghubunginya sejurus dia memuat naik kenyataan di laman sosial Facebook.