Usaha melobi Ketua Srikandi giat dijalankan di majlis pelancaran PPBM?

Bertempat di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi, risalah untuk menjatuhkan ‘bekas’ Ketua Srikandi, Anina Saadudin bertebar disekitar stadium ketika program Pelancaran PPBM diadakan.

Taktik-taktik kotor seperti ini tidak akan dilakukan oleh mana-mana pihak sekiranya tidak mempunyai tertentu seperti mahu merebut jawatan Ketua Srikandi PPBM yang masih kosong sehingga kini.

Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu mesyuarat yang dipengerusikannya telah memutuskan untuk mengugurkan Anina daripada jawatan Ketua Srikandi PPBM.

Menurut sumber yang dalaman parti, perlucutan jawatan itu disebabkan ‘skandal mesej seks’ Anina yang tersebar beberapa bulan lalu.

Susulan daripada itu, terdapat beberapa pihak yang sedang mengintai jawatan yang ditinggalkan oleh Anina.

Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman dikatakan antara yang sedang kuat melobi supaya adiknya, Hamizura Osman dilantik ke jawatan utama PPBM itu.

Jadi dimana bersatunya dalam Bersatu?

Related Articles