13
Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Perak, Datuk Hasri berkata, pembangunan negara sangat meyakinkan dan cerah di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.
“Kerja keras kita merupakan punca kepada segala pembangunan ini termasuk pembangunan yang dibawa dari aspek pelancongan di Lumut dan Pulau Pangkor, Perak.
“Kerajaan negeri beroperasi mengikut keperluan rakyat jelata dan undi setiap komuniti khususnya masyarakat India akan menetukan kememangan BN dengan jasa-jasa yang diberikan BN selama ini,” ujarnya.
Khabar angin tersebar dalam UMNO bahagian Lumut bahawa Hasri mungkin akan bertanding di kerusi DUN Pasir Panjang pada PRU-14 nanti. – Malaysia Nanban