Undi Jawa kekuatan UMNO di Sungai Besar – PAS

Kesempatan itu pastinya digunakan sepenuhnya UMNO kerana masyarakat Jawa mendominasi kawasan Sungai Besar.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, berkata aliran pengundian masyarakat Jawa di kawasan itu menampilkan corak sedemikian.

Katanya, PAS Johor akan tampil menggerakkan jentera bagi membantu PAS pusat berkempen di kawasan berkenaan.

“Orang Johor saja yang tahu mengenai orang Sungai Besar ini kerana keadaan di sana sama adalah sesama rumpun (Jawa),” katanya dalam ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-62, di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), di sini, hari ini.

Sementara itu, Mahfodz turut memohon maaf kepada masyarakat Sarawak berikutan kenyataannya yang mengguris hati masyarakat Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu, baru-baru ini.

“Kepada orang Sarawak, saya memohon maaf kerana mengguris hati mereka. Kenyataan saya itu adalah susulan pertanyaan wartawan, yang mana saya katakan PAS belum menang di Sarawak kerana masyarakatnya belum memahami mengenai Islam,” katanya.

Beliau berkata, Dewan Ulama PAS Pusat akan mengadakan pertemuan dengan Dewan Ulama PAS Sarawak bagi mencari jalan mengatasi permasalahan berbangkit itu.

Related Articles