Bagaimanapun, dalam pengumuman calon yang dibuat pada Jumaat, angka tersebut berbeza apabila Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian hanya mengumumkan 35 calon sahaja.
Kata Baru, beliau akan berbincang dengan Pengerusi DAP Sarawak, Ching Chieng Jen baki lima kerusi tersebut supaya tidak berlaku pertelingkahan sesama mereka.
“Kami mahu mengelak pertindihan kerusi kerana kami sedar musuh utama kami ialah BN,” katanya.
Kenyataan Baru ini menimbulkan persoalan kerana DAP terlebih dahulu sudah mengumumkan kesemua 30 calon mereka yang akan bertanding dalam PRN Sarawak kali ini dan senarai itu adalah muktamad.
Menurut sumber PKR, keputusan muktamad calon-calon PKR hanya akan diketahui pada hari penamaan calon.
PKR dijangkakan akan ‘langgar’ DAP pada hari penamaan calon di DUN-DUN seperti Tasik Biru, Mambong, Bukit Semuja, Simanggang dan Mulu.
Jika Amanah bertanding 13 kerusi, DAP 30 dan PKR 40 di mana 5 kerusi DAP dan PKR akan bertanding sesama sendiri, terdapat empat kerusi DUN yang tidak akan ditandingi oleh parti-parti pembangkang semenanjung itu.