VIDEO: UMNO tidak halang ahli sertai demonstrasi Gerakan Baju Merah

Beliau berkata, ahli UMNO yang menyertai demonstrasi yang dipimpin Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos itu adalah atas kapasiti peribadi dan tiada kaitan dengan parti Melayu itu.

Ahli Parlimen Ketereh itu bagaimanapun menasihatkan mereka supaya mematuhi undang-undang ketika menyertai himpunan tersebut.

“Bagaimana kita hendak menghentikan orang daripada buat apa yang mereka mahu buat. Kenapa nak ambil tindakan ke atas ahli? Tak boleh ambil. Adakah DAP akan ambil tindakan (ke atas ahlinya)?

“Ia terpulang kepada mereka. Perkara ini adalah individu (untuk menyokong Baju Merah). Anda kena bezakan antara individu dan organisasi,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.

“Pada peringkat parti, kita tidak akan mengambil tindakan tetapi kita juga tidak menyekat mana-mana ahli yang mahu pergi.”

Beliau turut menegaskan UMNO tidak menyokong mana-mana tindakan yang melanggar undang-undang.

https://www.youtube.com/watch?v=YNHK2Awp83A

Related Articles