Umno tak main isu kaum nak menang PRU14, kata Nazri Aziz

Beliau berkata, bagaimanapun, ahli Parlimen pembangkang tidak akan mempercayainya.

Perkara itu turut disetuju oleh Datuk Mujahid Yusof Rawa dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Pandangan itu susulan laporan mengenai ramalan penganalisis yang pada PRU ke-14 isu perkauman akan digunakan lebih hebat terutama Umno.

Nazri berkata pandangan partinya akan menggunakan isu perkauman untuk memenangi PRU adalah silap.

“Ia mengarut…kita mempunyai rakan di Sabah dan Sarawak dan ada juga Bumiputera yang bukan Melayu. Jika kita memainkan isu perkauman, mereka akan mengesan dengan cepat dan menarik balik sokongan mereka. Jadi saya boleh mengatakan ia tidak akan berlaku,” katanya.

Beliau berkata anggota Umno yang mungkin berfikir sebaliknya adalah “naif” kerana mereka tidak bertanding dalam pilihan raya.

“Saya berada dalam lima pilihan raya lalu dan orang kita yang bertanding, berpengalaman tahu ia seperti ‘membunuh diri’ untuk memainkan isu perkauman,” ujarnya.–Makkal Osai

Related Articles