Setiausaha Agung UMNO itu berkata, mereka berhak untuk meninggalkan UMNO dan menyertai parti politik pilihan mereka.
“Kami tak bimbang. (Datuk Mohamad) Ezam Mohd Nor (sertai PPBM), kami tak bimbang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Putrajaya Community Ride di Putrajaya hari ini.
Ezam adalah bekas senator UMNO yang mengumumkan hasrat meninggalkan parti Melayu itu awal bulan ini dan menyertai PPBM pada pada Khamis lepas.
Tengku Adnan berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan sekumpulan pemimpin Pemuda UMNO yang dijangka mengumumkan untuk menyertai PPBM lewat hari ini dalam satu majlis di Ampang.
Kumpulan itu diketuai oleh bekas ahli exconya Mohd Rafiq Naizamohideen, yang sebelum ini mengecam apa yang disifatkannya sebagai tindakan “terpilih” selepas beliau digantung keahliannya kerana dikatakan cuba mensabotaj Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.
“Ya, ia adalah haknya. Anda tahu bahawa PPBM, Parti Pecah Melayu Berhad, Parti Pemecah Melayu Bersatu atau apa sahaja yang anda memanggilnya, ini adalah mereka yang mungkin tidak puas hati, yang tidak dapat apa sahaja yang mereka mahu dalam UMNO,” katanya .
Menurutnya, mereka meninggalkan parti, tetapi akhirnya, rakyat tahu bahawa BN yang merupakan gabungan pelbagai kaum, yang akan menyediakan dan berkhidmat kepada rakyat untuk kebaikan negara ini.