Beliau berkata sebelum ini terdapat beberapa kawasan majoriti pengundi Melayu yang tinggi di negeri itu.
“Misalnya, di Ampang, kalau dahulu, satu kerusi Palimen dan dua Dewan Undangan Negeri (Lembah Jaya dan Bukit Antarabangsa), ketiga-tiga UMNO bertanding.
“Tapi dengan persempadanan baharu ini, saya rasa UMNO mungkin tidak dapat tiga kerusi itu di Ampang,” katanya ketika diminta mengulas mengenai hasrat pembangkang mengadakan pilihan raya kecil di Selangor berikutan usul persempadanan itu.
Mengikut persempadanan semula itu, SPR turut mencadangkan penambahan satu kerusi baharu Damansara, dengan bilangan pengundi melebihi 150,000 orang.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan mendesak supaya Selangor mengadakan pilihan raya mengejut ekoran cadangan persempadanan semula, yang didakwa sengaja ‘mengubah’ peta negeri itu.
Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dilaporkan berkata UMNO akan meneliti usul persempadanan itu dan ia akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 30 September ini. – Makkal Osai