UMNO perlu berhati-hati kerjasama dengan PAS

Bagaimanapun politik tetap politik. Walaupun ia memberi kesan langsung terhadap sokongan rakyat dan hala tuju pembentukan dasar-dasar kerajaan, namun ia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng.

Atas prinsip inilah membuatkan Najib Razak mengambil langkah tepat iaitu sekadar bekerjasama dengan PAS untuk perkara-perkara yang melibatkan kemaslahatan ummah sahaja.

Ini kerana, Najib Razak amat faham, bukan mudah ‘seperti di atas kertas’ sekiranya UMNO mengambil keputusan bekerjasama secara total dengan PAS yang menjadi pembangkang sejak 1978 hingga sekarang.

Apatah lagi lewat ini pihak Pakatan Harapan yang dikuasai DAP juga mengimpikan untuk berbaik-baik semula dengan PAS, begitu juga dengan parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PPBM.

Apabila ada cadangan agar UMNO dan PAS bergabung di utara Semenanjung Malaysia, parti pertama yang tampil bersuara dan menyokong adalah serpihan PAS, iaitu Parti Amanah Negara (PAN). Kenapa PAN bersetuju jika PAS bersama kepimpinan Umno? Tidakkah ini suatu yang pelik apatah lagi sokongan itu datangnya dari mereka yang bergelar serpihan?

Bagaikan pepatah ‘ada udang disebalik batu’, begitulah tampaknya gerak geri dan sokongan membawa rebah yang cuba PAN tunjukkan apabila ada cadangan agar UMNO bersama-sama PAS.

Maka dalam hal ini, UMNO wajar melihat dengan teliti dan penuh berhati-hati akan cadangan terbabit, umpama menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.

UMNO juga perlu melihat secara halus maksud PAN yang menyatakan sokongan kepada UMNO dan PAS itu kerana sebagai sebuah parti serpihan PAS, memang diketahui bahawa PAN dan PAS tidak sekepala.

Apa yang pasti parti-parti komponen BN juga perlu memberi sepenuh kerjasama, sokongan dan pertisipasi taat setia kepada aspirasi perjuangan UMNO dalam BN sampai bila-bila kerana itulah yang membawa kepada kemajuan negara.

 

Dipetik dari Facebook Beruang Biru

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi pemilik akaun Facebook dan tidak mempunyai kaitan dengan pihak editorial SmasaNews.com

Related Articles