Umno, PAS wajib kerjasama, kata mufti Perak

Harussani berkata, walaupun kedua-dua parti itu mempunyai ideologi politik berbeza, namun hubu­ngan kedua-duanya selaku parti politik Islam di negara ini tidak boleh dipisahkan.

“Saya amat bersetuju supaya Umno dan PAS bekerjasama demi kelangsungan Islam di negara ini. Itu memang ajaran Islam, umat Islam kalau berpecah hancur kita.

“Ideologi berlainan tidak me­ngapa tetapi perpecahan tidak boleh. Hendak selamatkan Islam di negara ini hanya dengan satu cara sahaja iaitu kerjasama antara Umno dan PAS,” katanya, memetik laporan Utusan Malaysia, pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan pendakwah antarabangsa dari India, Dr. Zakir Naik yang mahu melihat Umno dan PAS bekerjasama bagi membolehkan negara ini dan Islam terus berkembang maju.

Related Articles