UMNO Pahang tolak hasrat MB tidak tanding PRU14

Timbalan Ketua UMNO bahagian terbabit, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh berkata, Adnan yang juga selaku Ketua UMNO Bahagian Bentong tidak pernah mengabaikan parti meskipun sibuk dengan kepimpinan di peringkat negeri.

Juster, UMNO Bahagian Bentong merayu untuk Adnan kekal bertanding di PRU14 memandangkan khidmatnya selaku pentadbir negeri Pahang masih diperlukan rakyat.

“Datuk Seri merupakan seorang pemimpin serta Ikon kepada penduduk di Bentong sejak kali pertama beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang lebih 30 tahun yang lalu sehingga kini.

“Walaupun dalam kesibukan Datuk Seri menjadi Menteri Besar Pahang sejak 17 tahun yang lalu sehingga ke hari ini, namun Datuk tidak pernah sekali pun mengabaikan tanggungjawab selaku Ketua UMNO Bahagian Bentong dan sentiasa prihatin terhadap penduduk – penduduk di Daerah Bentong secara khususnya.

“Bagi kepimpinan UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, sentiasa disenangi dan mudah didekati serta dihormati bahkan disegani oleh rakan mahupun lawan, sama ada diluar atau didalam gelanggang Politik,” katanya melalui satu kenyataan.

Pada 9 September lalu, semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UmnoBahagian Ketereh, Adnan menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada pilihan raya akan datang selepas memegang jawatan sebagai menteri besar selama 18 tahun.

Adnan yang telah 30 tahun menjadi wakil rakyat bagaimanapun tidak mahu isu itu diperbesarkan dan menyerahkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan dan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Related Articles