UMNO ganggu Projek Lebuhraya Rakyat

Ahli Exco Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur,Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad, berkata Jambatan Kedua Sdn Bhd tidak dapat meneruskan projek berkenaan selepas mendapat desakan UMNO.

Sebelum ini, syarikat berkenaan diberi kontrak meneruskan pembinaan lebuh raya sejauh 10 kilometer itu bagi menggantikan syarikat lain.

“Projek itu berjalan lancar, tiba-tiba ada gangguan. Gangguan bukan kerana hantu dalam bukit, sebaliknya pemimpin UMNO dalam dewan ini pun tahu mengenainya.

“Ada desakan daripada UMNO menyebabkan syarikat itu menarik diri biar pun kemajuan projek sudah 15 peratus sehingga akhir September lepas,” kata menjawab soalan Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Ayer Lanas) pada sidang DUN, hari ini.

Hanifa berkata, kemajuan projek boleh mencapai 30 peratus jika syarikat berkenaan meneruskan kerja-kerja pembinaan.

Katanya, Kerajaan Kelantan terpaksa akur dengan kehendak syarikat itu yang memohon menarik diri, tetapi sekarang ini projek berkenaan diteruskan sebuah syarikat lain.

Related Articles