UMNO akan bertambah kuat dengan gabungan PPBM-DAP, kata Rahman Dahlan

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kerjasama itu hanya menambahkan lagi kekuatan UMNO bagi menghadapi segala tentangan dan tohmahan pembangkang menjelang pemilihan umum nanti.

“Ini kerana UMNO menganggap DAP adalah perampas hak dan keistimewaan orang Melayu di negara ini. Ia menguatkan serta menyemarakkan lagi kekuatan UMNO,” katanya.

Malah beliau turut menyifatkan tiba masa terbaik untuk bangsa Melayu bersatu selepas melihat Presiden UMNO, datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersatu di pentas sama Ahad lalu.

Tambah beliau satu-satunya kebaikan yang diwujudkan hasil pemecahan PPBM dan UMNO ialah penyatuan pemimpin PAS dan UMNO secara bersatu hati demi Islam.

“Walaupun kita sudah lama berkecimpung dalam politik tanah air, inilah masanya orang Melayu bersatu.

“Kita mempunyai dua pemimpin (Najib dan Abdul Hadi Awang) yang mengutamakan penyatuan bangsa berbanding motif politik dan agenda peribadi.

“Kita tidak boleh bermimpi bahawa PAS dan UMNO akan duduk bersama untuk perbincangan.

“Pada masa yang sama tidak boleh dinafikan cabaran yang diterima dari PPBM dan parti Warisan yang dipelopori bekas menteri kebinet Shafie Apdal,” ujarnya. – Tamil Nesan.

Related Articles