VIDEO: Ultraman berasal dari Syiah kata penceramah bebas

by Haizal

Penceramah bebas, Auni Mohamad mendakwa susur galur keturunan animasi Jepun, Ultraman berasal daripada fahaman Syiah.

Dalam video yang dimuat naik dalam laman youtube Abu Khadijah, penceramah bebas berkenaan memberi penerangan berkenaan animasi tersebut dalam satu kuliah namun, tidak dinyatakan lokasi sebenar program berkenaan.

Menurut beliau, siri Ultraman yang di tayangkan mempunyai agenda tersembunyi yang boleh menyesatkan penonton khususnya kanak-kanak.

Beliau turut mengaitkan siri Ultraman itu dengan kemunculan Dajjal dan Nabi Isa.

“Kemudian selepas timbul fitnah akhir zaman, makan keluarlah Dajjal atau Ultraman Belial yang nak musnahkan planet cahaya, maka Nabi Isa kena turun dan siapa yang kena jadi Nabi Isa, Ultraman Zero,” katanya.

https://www.youtube.com/watch?v=hOl543lidII

Related Articles