UKM, IUKL nafi bagi PhD kepada Azizan Osman

Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi jurucakapnya mengesahkan tiada nama Azizan Osman yang tersenarai dalam penerima dianugerahkan PhD oleh universiti berkenaan.

Menurutnya, semakan mendapati tiada individu dengan nama sedemikian memiliki PhD dalam jurusan psikologi seperti didakwa.

“Sebaik isu ini diperkatakan, pihak Pusat Siswazah terus membuat semakan dan tiada individu dengan nama Azizan Osman memiliki ijazah PhD dari UKM,” katanya memetik laporan BH Online.

Turut membuat penafian ialah Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) yang mengesahkan tidak pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan PhD kepada Azizan Osman.

“Pihak IUKL mengesahkan tidak pernah menganugerahkan kedua-dua ijazah itu kepada Azizan Osman,” kata kenyataan IUKL hari ini.

Related Articles