UEC tidak akur dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan

by SM Amin

Bagaimanapun, kerajaan bersedia untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkepentingan untuk menangani perkara ini kata Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Pendirian KPM adalah jelas bahawa semua sistem pendidikan yang hendak dilaksanakan di negara kita perlu berlandaskan Dasar Pendidikan Kebangsaan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

“Dalam hal ini, UEC didapati tidak akur terhadap kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan seperti yang diperuntukkan di bawah akta tersebut.

“KPM sedia untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkepentingan berhubung perkara tersebut,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ahli Parlimen DAP-Rasah, Teo Kok Seong (Rasah) berhubung status terkini pengiktirafan UEC.

Mahdzir turut memaklumkan kementeriannya menerima bahawa kedudukan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan sijil UEC masih kekal status quonya seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pelajaran 1961 serta peruntukan di bawah seksyen 151 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

UEC adalah peperiksaan yang dikendalikan oleh badan persendirian menerusi jawatankuasanya yang terdiri daripada Gabungan Kesatuan Pengelola Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Kesatuan Guru Sekolah Cina dan Kesatuan Alumni Sekolah Cina.

Related Articles