Katanya, UMNO hanya menyuarakan hak orang Melayu di negara ini yang sepatutnya perlu terus dipertahankan dalam keadaan dunia ekonomi dan politik yang agak mencabar akhir-akhir ini.
“Tidak baik menuduh UMNO yang memperjuangkan hak orang Melayu dan Bumiputera sebagai parti rasis kerana UMNO diwujudkan untuk mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.
“Adalah tidak salah berjuang untuk hak Islam,” katanya.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Muhammad menyelar UMNO dengan dakwaan cuba mencetuskan isu perkauman selepas DAP dibidas dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016 baru-baru ini.
Beliau mengulas kenyataan Mahathir dan beberapa pihak lain yang mengutuk UMNO berikutan dakwaan itu.
Mahathir terus mendakwa tindakan UMNO yang mencerminkan DAP sebagai musuh Melayu dan Islam sebagai suatu taktik parti untuk menakutkan Melayu dan membuatkan rakyat akan mengundi UMNO dan BN menjelang PRU akan datang.
Nazri menyifatkan adalah perkara biasa mengaitkan DAP sebagai musuh UMNO dan membidas parti pembangkang itu.
“BN mendampingi semua parti politik komponennya untuk berjuang rakyat berbilang kaum ke arah kesejahteraan secara berterusan.
“Serangan ke atas pembangkang adalah mengikut yang diperuntukkan dalam undang-undang.
“UMNO tidak boleh menyokong konsep DAP, ‘Malaysia for Malaysian’ atas dasar itulah DAP dianggap musuh UMNO. Dan tidak boleh juga untuk samakan UMNO dengan Nazi Jerman, itu tak betul,” tegasnya lagi. – Tamil Nesan