Tun Mahathir kena fikir dahulu sebelum bersuara

by SM Amin

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan tersebut sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana akan merugikan Barisan Nasional.

”Kenapa perlu buat begitu… saya hanya boleh minta beliau (Dr Mahathir) fikirkan apa yang hendak dicakapkan dan jangan membuat kenyataan hingga orang boleh putar belit dan manipulasikan situasi.

“Akhirnya yang akan rugi BN, parti yang pernah memberinya kuasa untuk mentadbir negara lebih 20 tahun,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Semarak Komuniti 1Malaysia di Putrajaya hari ini.

Tun Dr. Mahathir ketika berucap di Himpunan Selamatkan Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam baru-baru ini meminta pengundi-pengundi di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar mengundi parti pembangkang untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

Related Articles