Perkara itu disampaikan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ketika berucap di program mesra rakyat bersama pemimpin parti Amanah di Dewan Seri Sekinchan di sini.
“Tun Dr. Mahathir Mohamad telah berikrar, telah bersetuju untuk turun berkempen untuk membantu memenangkan calon Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil akan datang.
“Ini janji Tun Mahathir kepada tuan-tuan semua,” katanya ketika membuat pengumuman tersebut.
Tun Mahathir ketika berucap di Himpunan Selamatkan Malaysia baru-baru ini merayu supaya pengundi-pengundi di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar mengundi parti pembangkang untuk menjatuhkan Barisan Nasional.
Kata Tun Mahathir, pengundi-pengundi perlu memberi undi seberapa banyak yang mungkin kepada parti yang akan menentang Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang dijalankan serentak pada 18 Jun depan.